Tuesday, October 4, 2011

7 Kesalahan Besar Yang Merosak Kesihatan Anda

Bismillahirrahmaanirraheem

Ada 7 perkara yang anda amalkan sepanjang hayat yang menyebabkan anda tidak sihat:

1. Bernafas secara salah
2. Berfikir secara negatif
3. Minum tak betul
4. Makan tak pandai
5. Kencing pun malas
6. Berak tak puas
7. Tidur tak tentu arah

7 amalan diatas jarang kita ambil hirau seolah olah buat macam mana pun tak jadi hal. Sebenarnya jika kita lakukan semuanya secara yang betul kita akan jadi sihat, susah mendapat penyakit kecuali jika ianya ditakdirkan oleh Allah untuk berlaku walau pun segala usaha untuk menghindarinya kita lakukan. ( Takdir, Qada' dan Qadar akan kita sentuh dihalaman dan topik yang lain).Malangnya rata rata kebanyakan amalan ini dilakukan dengan tidak, atau kurang betul dan akibatnya kita kurang sihat.

BERNAFAS: Kita boleh hidup tanpa makan mungkin hingga 10 hari ( pada hari ke6 kita hanya 'bernyawa ikan' sahaja dan kalau anda kaki bola pun dalam keadaan ini dah tak heran bola ke apa ke). Kita juga mungkin boleh bertahan tanpa air 5-7 hari ( adooh dahaga gile'). Tapi jika saya tutup hidung dan mulut anda 2 minit, anda akan K.O ( tapi kalau anda ada tangki oksigen dalam perut mungkin ok kot!.... tapi nak sumbat kok mana?....aaaa saya tahu.....)

Pernafasan yang betul menjadikan anda sihat dan kuat. Tetapi ramai yang dicuba tarik nafas ikut mulut dan hembus nafas ikut hidung. Bila bernafas pula dada tak terbuka dengan perut yang kempis. Bayangkan belon ditiup tidak membesar.

Jadi bila bernafas 'diaphragm' atau bahagian dada perlu membesar membuka ruang kepada kemasukan udara yang mengandungi oksigen, dan bila menghembus nafas ( sorry, bukan yang terakhir ye) mistilah melalui mulut dengan ruang bahagian dada kian mengecil supaya banyak karbon dioksida nyah keluar. Dengan cara ini anda boleh dapat oksigen percuma ( melainakn jika ditempat anda dikenakan bayaran untuk bernafas!).

Bila oksigen masuk dan karbon dioksida keluar anda akan jadi segar, tidak lesu dan tidak mengantuk.
Tahukah anda, menguap, sangap, atau yawning adalah petanda anda kurang oksigen ( bukan kurang tidur...kurang tidur anda melalut, mamai atau bercakap bahasa orang Maris)

Oleh itu belajarlah bernafas atau bernyawa betul2 sebelum nyawa anda ditarik...maaf lawak sikit sebab bila gelak banyak anda kena bernafas panjang. Atau jika susah sangat nak belajar bernafas dengan betul tunggulah anda dikejar anjing, orang gila atau jumpa hantu jembalang. Anda akan lari tercungap2 dan bernafas kencang seolah olah anda sedang dalam perlawanan champion sedut oksigen dengan hadiah lumayan....iaitu tong gas masak, sebab anda ingat itu tong gas oksigen...

Ruang lain topik kedua... ' FIKIR tak betul...'