Sunday, July 31, 2011

KARBOHIDRAT JAHAT PUNCA OBESITI & DIABETES

Kegemukan atau obesiti dan kencing manis atau diabetes merupakan dua penyakit kronik yang melanda dunia bukan sahaja dikalangan orang dewasa, tetapi kanak kanak juga.

Penyakit kronik ialah yang berlaku sedikit demi sedikit dalam masa yang lama dari berbulan hingga bertahun akibat dari gaya hidup tidak sihat dan pemakanan tidak betul.

Gaya hidup tidak sihat seperti malas bergerak aktif bersenam atau melakukan kerja harian yang memerlukan gerak anggota hingga boleh selalu berpeluh/ mengeluarkan keringat. selain dari itu ramai kurang tidur kerana menonton TV, melayari internet dan facebook, atau berborak dikedai kopi hingga larut malam. ramai dikalangan anak muda terutamanya suka makan, minum sambil merokok tak kira walau pun jam 2 pagi.

Manusia mempunyai naluri dan tabiat asli memakan tiga kali sehari, rehat dan berkerja, tidur diwaktu kalam sekurang2nya 6 jam.

Nabi MUhammad s.a.w bersabda dengan maksud seperti berikut: " kami adalah dari kumpulan umat yang memakan hanya bila lapar, dan berhenti sebelum kenyang."

Dalam satu riwayat lagi terdapat satu Hadith dengan maksud: " apabila makan hendaklah 1/3 ruang perut diisi makanan, 1/3 air, dan 1/3 lagi dikosongkan untuk udara." Dengan amalan makan seperti ini kita tidak akan kepenatan dan rasa malas lepas makan dan kita boleh terus aktif sepanjang hari tanpa dihidrasi atau kekeringan dalaman, tidak selalu mengantuk, dan boleh bernafas dengan selesa.

Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada Sahabat2 jika hendak mengertahui sesuatu tentang kesihatan tanyalah Ibn Khaladah. Beliau adalah pakar kesihatan dizaman Nabi.

Ibn Khaladah menayarankan untuk jangan meningalkan sarapan dan awalkan sarapan untuk jadi sihat dan bertenaga. Nanti akan saya turunkan banyak petua Ibn Khaladah untuk hidup sihat, insyaallah.

Apa pun jika kita bersarapan dengan makanan yang sihat dan berkhasiat terutaman yang berserat atau mengandungi 'fiber', kita tidak mudah lapar dan akan makan sedikit sahaja waktu 'lunch' tengah hari.

KARBOHIDRAT

Karbohidrat ialah pemakanan yang dihasilkan dari bijirin beras, gandum, jagung yang kebanyakannya dalam bentuk tepung untuk dibuat kueh, roti, mee, kek, dan sebagainya. Karbohidrat juga terdapat dalam sayuran dan buahan.

Dari sumber karbohidrat yang sama hasilnya boleh jadi yang bermanfaat atau yang memberi akibat buruk kepada kesihatan jika dimakan.

Jika bijirin, buahan atau sayuran diproses ( terutama bijirin gandum, beras atau lain2) dengan membuang serat, menambah bahan kimia untuk mudah dioleh menjadi pelbagai makanan yang dikomersilkan, makan karbohidrat tanpa serat dan berkimia akan menjadi 'karbo jahat'.

Jika bijirin digiling atau ditumbuk menjadi tepung tanpa membuang serat dan dicampur kimia, ianya sangat bermanfaat bila dimakan dalam bentuk apa pun. ini merupakan 'karbo baik'.

Karbo jahat yang tiada berserat dan bercampur kimia pengolah bentuk dan rasa, bila dimakan dengan pantas bertukar menjadi glukosa ( sejenis gula) untuk tenaga bagi badan seperti otak, liver dan sel kita. Perubahan kepada glukosa berlaku dengan pantas ( 20-30 minit setelah dimakan) dan serentak yang menyebabkan sistem dalaman mengeluarkan insulin ( melalui Pankreas) yang banyak untuk menyimpan gula lebihan dalam bentuk LEMAK.

Ramai orang hairan kenapa mereka gemuk walhal tidak banyak makan lemak. Orang gemuk bukan kerana makan lemak atau memakan makanan berlemak, tetapi memakan banyak karbo jahat yang bertukar menjadi lemak dalam badan.

Apabila banyak insulin dikeluarkan untuk mengambil gula, maka perut rasa kosong dan kita kembali lapar. Itulah sebabnya orang kuat makan nasi cepat lapar. Lagi banyak makan lagi mudah lapar. Inin bukan kurang 'will power' atau kekuatan untuk menahan lapar, tetapi tekanan dalaman yang mahukan perut diisi kerana kekosongan mendadak hasil dari tindakbalas insulin terdadap karbo jahat yang berubah menjadi gula yang berlebihan sehingga perlu di-stor dalam bentuk lemak.

Jika anda memakan karbohidrat yang mengandungi serat dan tidak diolah dengan kimia, anda mudah dab cepat rasa kenyang. Apabila dimakan, karbo baik ini akan berubah menjadi gula perlahan dan sedikit demi sedikit kerana serat menghalang pertukaran yang pantas. Selain dari itu pankreas hanya mengeluarkan insulin secukupnya sahaja.

Perubagan dari karbo baik ke bentuk glukosa secara perlahan menyababkan anda mudah kenyang dan lambat lapar. Tiada gula lebihan maka tiada lah lemak baru yang perlu di-stor dalam sel. Maka anda tidak akan jadi gemuk.

Jadi pilihlah karbo baik seperti memakan:

Oats yang bukan 'instant', beras perang atau beras basmathi yang kurang kanji, banyak makan sayur dan buahan yang semuanya tidak menyebabkan anda kemaruk makan, sebaliknya anda cepat kenyang dan lambat lapar.

Apabila banyak karbo jahat dimakan berharian maka timbunan gula yang melonjak dengan banyak dan cepat membawa kepada gula lebihan dalam darah anda. ini lah mulanya berlaku diabetes.

Untuk sihat, pilih lah karbo baik, banyak makan ulaman dan sayuran aserta buahan hari hari.

Tiada lonjakan gula ( sugar spike) dalam darah, tiada karbo lebihan yang perlu disimpan dalam bentuk lemak, maka tiada lah kegemukan dan diabetes.

Ingat, apabila anda mengalami lonjakan gula bertalu2 yang kerapkali berlaku, kegemukan dan diabetes yang menyusuli tidak berakir disitu sahaja. Ianya akan diikuti oleh tekanan darah tinggi, sakit jantung, sakit otot dan sendi, kanser, arthritis dan macam macam penyakit kronik lagi. macam macam adaaaaaaa......

No comments:

Post a Comment