Sunday, July 31, 2011

RAHSIA MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Tekanan darah tinggi (TDT) mengancam kesihatan sejagat. Seperti obesiti, kini anak belasan tahun sudah mula mengalami TDT. Yang membahayakan ialah ramai tidak menyedari dirinya sedang diancam TDT.

Yang menjadi masaalah ialah kita hanya menganggap kita berpenyakit apabila simptom atau gejalanya sudah menjadi perit atau berat. Bagi yang tahu ianya ada diabetes hanya apabila luka susah sembuh, selalu mengantuk, dahaga malam, malah ada yang apabila sudah diancam gangrene dimana jari atau kaki perlu dipotong.

Bagi yang ada TDT pula, apabila tekanan darah terlalu tinggi baru disedari dan baru diusaha mencari ubatnya. Tekanan biasa 120/80 boleh dikira normal. Ada yang berpendapat kita boleh bertoleransi pada tahap maksima tekanan atas (systolic) 120+ umur kita. Jika anda berumur 60 tahun, tekanan maksima yang mukin boleh ditoleransi ialah 180. Ini tidak selamat kerana apabila tekanan sampai ketahap itu baru nak dirawat.

Apa pun, kini ada peluang untuk menurunkan TDT anda - hanya dengan beberapa langkah sahaja:

1. Bersenam, berolahraga atau bersukan secara berterusan:
sekurang2nya jalan pantas ( brisk walking) 30-45 minit sehari 4-5 kali seminggu.
2. Amalkan diet sihat: Banyak makan karbohidrat yang tidak diproses dimana banyak serat, dan vitamin masih tidak disingkirkan melalui proses moden. Makan sayuran dan buahan. Banyak minum air sekurang2nya 8 gelas sehari.
3. Ambil atau makan 3 pemakanan kesihatn berikut iaitu:
  • Vitamin K2
  • Grapeseed Extract, dan
  • Blueberries extract.
1. Singkirkan Calcium dalam arteri untuk sirkulasi darah yang baik.
Setiap hari darah anda di'pump' untuk mengalir sejauh 160,000km arteri, urat dan kepilari darah dalam badan anda.
Keluasan rongga arteri anda mempengaruhi sirkulasi darah anda. Lagi luas tanpa di blok atau tanpa rintangan lagi baik untuk kesihatan jantung anda.
Jika lapisan dalam saluran atau pembuluh darah terdapat deposit plak kalsium (Calcium plaque), saluran akan tercengkam mengecil menyebabkan tekanan darah berlaku.
Vitamin K2, mengikut Dr Michael Cutler, penulis buku berjudul ' Easy Health Options' boleh segera membantu membuang lapisan deposit kalsium dari pembuluh darah anda merangsang sirkulasi kembali cergas dan laju. Lagi banyak terdapat Vit. K2 dalam badan anda, semakin baiklah arteri anda.
Kajian di Rotterdam oleh saintis dalam Journal of Nutrition mendapati pesakit yang menerima dan mengandungi Vit K2 tertinggi mengalami kesihatan Kardiovaskular terbaik.

2. Releks kan arteri anda untuk tekanan darah yang sihat:
Nitric Oxide( NO) dihasilkan secara asli oleh badan anda dari Arginine dan Oksigen. NO memberi signal kepada pembuluh darah disekitaran untuk releks atau mempunyai keanjalan yang elastik.
Apabila pembuluh darah anda releks, ianya terbuka luas dan elastik merangsang sirkulasi darah yang baik. Proses pembukaan saluran ini dikenali sebagai vasodilation (vsd). VSD secara natural meningkatkan saliran darah dan menurunkan TDT.
NO juga menentukan pletlet darah tidak melekat pekat seperti kecup tomato.

Grapeseed extract (GSE) mengandungi nutrien yang mempunyai kesan positif kepada keupayan badan menghasilkan Nitric oxide.
Kajian terhadap ramai pesakit dengan memberi 300mg sehari Grapeseed extract selama 8 minggu berupaya menurunkan tekanan systolic ( tekanan atas) sebanyak 8.3 millimeter Mercury, dan tekanan diastolic ( tekanan bawah) 5.7mmHg. Rawatan ini menurunkan TDT kembali ke paras normal .
GSE juga mempunyai keupayaan luarbiasa bertindak sebagai pemblok channel Kalsium dengan mengelak kalsium dari memasuki sel otot jantung dan arteri.

3. Blueberries extract mereda pengecilan ( constriction) pembuluh darah dan takungan air ( water retention): senjata ampuh ini terbukti berkesan 98%.

Enzim Angiotensin 11 sangat merbahaya menyebabkan konstriksi pembuluh darah dan merusakan lapisan dalamannya sambil menghalang sirkulasi yang lancar. Akibatnya ialah pembuluh jadi keras, tidak elastik atau tidak anjal. ACE enzim boleh meleraikan permasalahan ini.
Berita baik: Kajian sains menunjukan sejenis buah 'power' yang mengandungi enzim ACE yang banyak yang boleh mengekang Angiostin11 dari buah Blueberries. Journal of Medicinal Food menulis hasil kajian yang menunjukan sel yang dirawat dengan konsentrasi ekstrak blueberries menurukan enzim Angiostin 11 hingga 89%.

Signal Amaran 'pembunuh senyap' Tekanan darah Tinggi:
  • pening kepala diwaktu pagi
  • Hilang imbangan atau dizziness
  • berdarah hidung
  • murung
  • pandangan kabur
  • tension
  • muka merah dan
  • pitam
Penyebab umum TDT:
  • Alkohol
  • hilang imbangan Soodium (Na) dan Potasium (K)
  • Berat badan berlebihan
  • Keturunan
  • kurang nutrisi
  • stress
  • Lebihan insulin
  • Personality Type A.
Oleh itu jangan ambil ringan tekanan darah tinggi hanya dengan mengharap bantuan dadah statin yang mencair darah anda sahaja dengan kesan sampingan lain.


No comments:

Post a Comment