Friday, July 29, 2011

KEGEMUKAN/ OBISITI & DIABETES ANCAMAN SEDUNIA

Tebal
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda.

Saya ingin berbincang tentang satu topik penting dalam hidup kita iaitu kesihatan. Walau pun segala elemen untuk kita hidup sihat terdapat dimana saja kita berada, namun elemen elemen untuk kita jadi sakit juga terlalu banyak dan lebih mudah didapati. Pokoknya PILIHAN yang kita buat yang menentukan sihat atau sakitnya kita.

Pilihan yang kita buat tidak berlaku tanpa disedari. Malah ia dilakukan dengan penuh sedar dan berfikir. Untuk berfikir dan membuat pilihan memerlukan pengetahuan. Tetapi malangnya ramai dikalangan kita memilih dan melakukan sesuatu dengan tidak menggunakan fikiran.

Ada orang melakukan sesatu setelah berfikir. Ada pula yang setelah melakukan sesuatu baru berfikir. Tetapi lebih malang lagi ada makhluk yang bertindak tanpa berfikir dengan andaian " tak mengapa, jika ada problem kita selesaikan nanti..."

Ini
membawa kita kepada hal kesihatan- kesihatan diri, kesihatan keluarga, dan kesihatan dikalangan masyarakat.

Pada era tahun 60han dan sebelumnya, kuman adalah punca penyakit kerana amalan kebersihan atau hygiene kurang baik depelbagai peringkat.



  • Tandas dan bilik air tidaklah seperti yang terdapat dirumah2 sekarang.

  • Bekalan air hanya dari sungai atau perigi dengan air yang tidak dirawat.

  • Klinik dan hospital hanya terdapat dikota kota sahaja.

  • Ubat pembunuh kuman dan bakteria tidak terdapat secara meluas.
Kini kuman tidak lagi menjadi punca utama penyakit walau pun ada petanda jelas bakteria dan virus mula menampakkan taring masing2 . Apa pun hal ini memerlukan perbincangan khas dan asing diruang lain nanti.

Punca utama penyakit kini ialah PEMAKANAN dan GAYAHIDUP TIDAK SIHAT.

Diera 60an dan sebelumnya dimana kuman menjadi punca penyakit, pemakanan di era tersebut walau pun tidak sofistikated seperti sekarang, adalah asli, tidak digubah dengan pelbagai proses dan bahan kimia, dan bukan sahaja selamat tetapi berkhasiat.

Selain dari memakan makanan yang simple dan alami yang baik untuk ksihatan, orang orang dahulu rajin bergerak dan selalu berpeluh/ keringat seperti bercucuk tanam, berjalan kesana sini walau pun berkilometer jauhnya.

Kombinasi makanan yang tak tercemar dengan olahan kimia dan selalu mengerakan anggota menyebabkan tidak ramai yang mengalami penyakit kronik seperti Obesiti atau kegemukan, Tekanan darah tingi, Diabetes,. Sakit jantung, Gout dan sebagainya.

Kini pengiklanan yang begitu agresif yang bertalu2 disekeliling kita dengan banjiran pelbagai produk yang nampak cantik, menarik, rasa 'enak', mudah didapati menyebabkan kita 'dipaksa' membeli.

Pemakanan yang dihasil melalui pelbagai proses untuk mudah diolah, dengan pewarna, perisa, pengawit, pelembut, dan macam macam 'pe' lagi menjadikan kita teruja membeli dan memakan atau meminumnya. Disinilah bermulanya masaalah kesihatan yang menjadi kian parah .

Obesiti atau Kegemukan, dan Diabetes adalah manifestasi pemakanan tidak sihat dan gayahidup malas bergerak yang ramai amalkan. Dari titik inilah berlakunya penyakit kronik lain seperti sakit jantung koronari, kanser, sakit otot dan sendi, dan pelbagai lagi.

Saya akan bincan Obesiti dan Diabetes diruang berikutnya.
Wassallam.






Petikan maksud Hadith Nabi Muhammad s.a.w : Jika anda hidup sihat, cukup makan, dan selamat dikumuniti anda, anda bagai memperolehi dunia ini.

No comments:

Post a Comment