Tuesday, August 16, 2011

Cara Mudah Buang Lemak Badan

Anda gemuk? Saiz seluar, baju atau skirt semakin besar? Semakin banyak anda makan tetapi perut sentiasa lapar? Nak lawan nafsu makan tak terdaya. Adakah anda tak ada 'will power' nak lawan kehendak perut yang kian membuncit dengan badan semakin berat sehingga nak naik tangga pun mengeluh sakan?

Jangan risau.
Persoalannya- anda betul betul tak nak gemuk lagi ke?
Adakah anda sanggup usaha sedikit untuk jadi lebih ringan, slim dan sihat?
Kalu jawabannya ya, ayuh mari kita cuba try!

Pertama anda perlu minum air lebih banyak dari biasa. Mulakan dengan 5 botol air saiz 500ml seharai untuk diminum sepanjang hari. Sekiranay anda tak ada masalah/ problem buah pinggang atau ginjal anda boleh minum lebih banyak dari itu. Jangan risau kalau kena kencing kerap. Itu bagus asalkan jangan kencing dalam seluar, atau jangan kencing di roda kereta orang kat parking lot...anjing marah sebab u tiru cara dia yang ori tu...
Nota: Panduan minum air ada dalam blog ini diruang lain...cuba baca

Kedua makan nasi dari jenis beras perang yang banyak serat atau beras basmathi yang kurang kanji. Elak makan beras wangi keran terlalu banyak kanji yang akan cepat jadi gula dalam badan apabila dimakan. Gula pula jika berlebihan dalam badan akan disimpan dalam bentuk lemak. Itu sebablah anda hairan kenapa gemuk walau pun tak makan lemak. Buka anda sahaja yang hairan, malah satu dunia hairan termasuk setengah2 pakar nutrition yang masih percaya faedah piramid makanan yang tak begitu betul.

Ketiga Apabila makan nasi, anda perlu banyakkan sayur sekurang2nya jika dicincang penuh satu cawan besar. Kalau malas makan sayur, eloklah anda berhenti disini sahaja dan sambung cara lama anda. ... malas minum air malas makan sayur dan selalu sembelit.

Selain sayur yang dimakan sebanyak mungkin ( kalau boleh masak jangan sampai leyu),. pastikan anda makan banyak protin dari ikan atau daging. Jaga jaga, uncle, ayam ada banyak kimia dan hormon didalamnya nanti anda berkokok sorang2 pula.

Keempat- Protin penting untuk otot kuat dan untuk membantu pembakaran lemak kerana pencernaan pppprotin memerlukan banyak tenaga. Bila banyak tenaga dibakar untuk pencernaan protin lemak akan dibakar. uppps, jaga jaga nanti api keluar ikut mulut atau bontot anda! he he

Apabila ada protin dan sayur dalam hidangan anda, maka karbohidrat dari nasi akan berubah jadi glukos secara perlahan dan loncatan gula ( sugar spike) tidak akan berlaku. Ini penting untuk mengelakan insulin terhasil terlalu banyak. Bacalah pasal insulin diruang lain dalam blog ini.

Kelima- Buah buahan penting untuk medapatkan serat, vitamin dan galian. Epal, belimbing, jambu, carrot, pisang, betik.... semuanya baik untuk kesihatan badan dan usus. Jika anda makan dua epal sehari dengan beberapa buah lain anda cepat turun berat badan tau.

Keenam- Almond, gajus, walnut, macadamia nut semuanya boleh dibeli dikedai jual bahan kek dengan harga murah. tiap tiap hari anda ambil 5-7 biji dari tiap2 bijirin diatas dan blend kering sampai jadi debu. Campur kan dengan susu atau soys dan minum. Kalau nak sedap sikit campurkan gula kabung ke,a pa ke. Jangan guna gula puteh sebab gula ini perosak kesihatan anda.

Ketujuh- Jalan laju2 atau buat brisk walking ditaman sekurang2 nya 4 kali seminggu selama 30 minit hingga 45 minit tiap2 kali.
Insyaallah anda akan rasa lebih selesa dengan diri sendiri, lebih sihat dan lebih mudah bergerak hari demi hari. tetapi jangan pula terus lihat cermin besar selepas satu hari berdiet cara ini.

Kelapan - anda akan jadi lebih slim....

Wassallam.


1 comment: