Monday, August 1, 2011

Empat Pelengkap dari Ibn Khaladah

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda dengan maksud : jika anda mahukan petua kesihatan tanyalah Ibn Khaladah.

Berikut adalah sebahagian dari petua nya:

Jika anda mahu sihat sehingga umur lanjut amalkan lah 4 yang berikut:
  • Bersarapan diawal pagi
  • Makan malam diawal waktu dan jangan tangguh
  • Elak dari kerja berat sebagai kerja harian, dan
  • jangan terlalu berlebihan sex ( itu anda kira sendiri k?)
Empat perkara yang menjejaskan kesihatan badan:
  • Melakukan hubungan sex semasa perut penuh
  • Tidur selepas makan
  • makan terlalu banyak
  • Terlalu banyak sex
Empat perkara yang akan melemahkan badan:
  • Fikiran negatif, selalu kesedihan, banyak berlapar, dan kurang tidur
Empat perkara yang memberi kebaikan kepada fikiran:
  • Melihat benda berwarna hijau ( ahli PAS amacam? he he)
  • Memerhati air yang mengalir ( bukan memencut!)
  • Memandang wajah orang yang disayangi, dan
  • Memandang buah buahan
Empat perkara yang menjejaskan kesihatan mata:
  • Berjalan kaki ayam ( tanpa kasut)
  • Mempamerkan wajah kusut dan muram
  • Terlalu banyak menangis, dan
  • Suka merenung kepada benda benda halus.
Empat perkara yang memberi keselesaan badan:
  • Memakai pakaian lembut
  • Rajin mandi
  • Memakan sedikit makanan manis dan berlemak, dan
  • Menggunakan wangian.
Empat perkara yang menghilangkan seri wajah:
  • Selalu berbohong
  • Hilang rasa malu dan tak bermaruah
  • Kuat merungut, dan
  • Bergiat dalam aktiviti tidak bermoral.
Empat perkara yang memberi keriangan wajah:
  • Berintegriti tinggi
  • Bercakap benar
  • Melakukan kerja bermanfaat atau baik, dan
  • Takut kepada Allah
Empat perkara yang membuat orang marah:
  • Bercakap besar
  • iri hati dan cemburu
  • Berbohong, dan
  • Membuat tuduhan palsu ( sai......?)

No comments:

Post a Comment