Monday, August 1, 2011

KLEA WATA DON'T SANGKA NO BUAYA

Klea Wata ( Clear Water) secara berjenaka sebenarnya ialah Air Bersih, iaitu topik yang saya ingin bincang dalam ruang ini.

Rata rata ramai diantara kita tidak menyedari kita sedang mengalami kekeringan dalaman atau dehydration . Untuk mengembalikan kandungan air dalam badan mencukupi kita perlu melakukan rehydration atau rihidrasi ( meMelayukan perkataan Inggeris). Ini agak lebih baik dari perkataan bagasi ( untuk beg ) yang selalu kita jumpa di Terminal Lapangan Terbang atau Bandara.

Perkataan Melayu terlalu banyak bagi alat mengisi atau mengangkut seperti: Karung, bakul, raga, kampit, jaras, belom ( Kedah), .... tapi bagasi yang dipilih. Lebih baik gergasi- lagi besar sikit.

Berbalik kepada AIR yang sangat penting bagi yang minat hidup lama, element penting ini kita buat slambe aje . Hidup bermula dari air. Ada banyak jenis air -- air hujan, air laut, air kolam, air perigi, air telaga, air mineral, air paip, air muka, air terjun, air tebu, air kepala ( sori..air kelapa).

Kekurangan air dalam badan menyebabkan kekeringan dalaman. Bila badan tak cukup air kita mula dahaga atau haus, tekak kering, bibir juga kering, dan air kencing jadi kuning dan tak banyak serta tak jerneh.

Petanda kekurangan air ialah kepala pening, mengantuk, kulit kering, kulit gatal gatal, mata pun kurang air dan kering sehingga rasa tak selesa, buang air besar pun agak kurang lancar kerana sembelit.

Dihidrasi menyebabkan darah menjadi pekat dan boleh menyebabkan tekanan darah lebih tinggi.
Jika kita mengalami alahan atau allergi, doktor akan beri kita anti histamine untuk menghilangkan alahan seperti gatal2, bibir jadi tebal, mengantuk gile, mata berair dll.
Ini disebabkan badan kita mengeluarkan histamine.

Jika anda tersilap makan udang busuk, ikan pari yang tak fresh, atau tersedut debunga ( pollen), alahan dari ini menyebabkan badan mengeluarkan histamine sebagai tindakbalas penyelamat.

Jika kekeringan dalaman terjadi agak serious dan lama, otak anda memberi signal kepada sistem dalaman yang tuan badan itu akan mati kehausan. Untuk menangkis pendek umur kerana nak minum pun malas, badan anda menghasilan histamine yang bertindak meng-ekonomikan ketaburan air dalaman supaya semua bahagian dapat air sana sedikit sini sedikit. Tetapi malangnya histamin datang dengan kos nya sekali, iaitu alahan atau allergi. ( padan muka sebab malas minum,,)

Jadi jika kadang kadang anda mengalami allergi, kemungkinan besar anda kehausan. Punyalah bodoh dan malas, haus sampai susah nak bernafas pun tak nak minum air.

Jadi kita kena minum air bersih sekurang2nya 8 gelas besar tiap2 hari.

TIP KEPERLUAN AIR

Berat badan anda dalam paun (lb) dibahagi 2 = Jumlah air anda perlukan sehari dalam kiraan ounce (oz). Jika berat badan anda 350lb ( eh comelnye dia!), jumlah air minuman harian ialah 350/2= 175 oz ( ambil engkau)- macam satu baldi nampaknya. Apa boleh buat badan macam gajah...he he

Cara Minum Air ..............haii, nak minum air pun kena tunjuk caranya!!!
  • Sekali minum tak boleh lebih dari 3 teguk.
  • Selepas 3 teguk tunggu dalam 15-20 minit baru minum lagi.
  • Sebelum minum lihat dulu dalam gelas minuman supaya dipastikan ianya bersih ( tak ada buaya dalam gelas tu..)
  • Jangan hembus nafas dalam gelas minuman kerana Karbon dioksida bila masuk dalam air jadi berasid.
  • Minum lebih dari 8 gelas sehari lagi baik untuk anda, kecuali bagi yang ada masalah buah pinggang/ ginjal.
Masa minum:

  • Sebelum tidur elok meminum segelas air suam/ angat dengan peraha lemon kuning sedikit. Walau pun ianya masam ( asid), tetapi peleknya, lemon bertindak alkali iaitu anti asid. Amalan ini menolong liver anda membuang asid dan toksik semasa anda tidur. Bagi yang tak tidur malam kerana melepak dikedai mamak memanjang, maaf lah liver oi. Tak rehatlah anda keran bos anda tak pandai berhenti makan. Tak apa tak lama lagi dia berhenti terus buat selam lamanya. Inna lilla.......
  • Apabila bangun pagi juga mulakan dengan meminum segelas air seperti malam tadi juga sebelum berkumur. Nanti kencing mudah dan buang air besar juga senang dan selesa.
  • Jika nak pastikan banyak buanganb berasid yang terperangkap di keluarkan dari sistem anda, minumlah air alkali pada pH 8 hingga 9.5. Boss, air Zamzam pHhampir 13 tau.
PETUA:

  1. Minum air sebelum makan. Amalan ini memotong nafsu makan. Tak lah cepat tembam.
  2. Kadang kadang rasa lapar itu sebenarnya anda dahaga. Lebih baik minum air dulu dan kemungkinan rasa lapar hilang. Lagi pula, save le sikit duit tu.
  3. Sambil makan jangan minum air, terutama sekali air ber ice. Lagi pula air sejuk memekatkan lemak yang dimakan memudahkan anda kena serangan jantung depan meja makan. Bukan apa, takut muka tenggelam dalam mangkuk kari pula...
  4. Seeloknya minum air setengah jam lepas makan supaya asid penghadaman tidak cair dan lemah untuk mengganyang apa yang anda baham ( sori kasar sikit ye)
  5. Kalu minum kat kedai mamak jangan lupa bayar k?

No comments:

Post a Comment