Monday, August 8, 2011

Dihidrasi @ Kekeringan Dalaman

Kekeringan dalaman boleh membawa pelbagai akibat buruk kepada kesihatan anda. Salah satu nya ialah terjadinya alahan atau alergi. Ramai mengalami alahan secara kronik/ kronis yang tidak dapat dibuang sehingga bertahun lamanya.

Penyakit gatal gatal kulit ekzema yang seoalah2 tiada penawarnya, selalau bersin, mata berair, bibir bengkak, dan sebagainya adalah simtom atau gejala alahan/ alergi.

Ramai tidak menyedari kadang2 puncanya hanyalah kekeringan dalaman yang kronik kerana kurang meminum air.

Dalam ruang lain saya ada berbincang tentang dihidrasi. Kita perlu meminum air bersih sekurang2nya 8 gelas sehari. Ada juga tip yang diberikan untuk mengira keperluan air bagi tiap tiap individu mengikut berat badan. Sila baca penulisan sebelum ini tentang cara mengiranya.

Kajian menunujkan 75% dari kita mengalami pelbagai penyakit yang puncanya tidak lain dan tidak bukan, dari didhaidrasi kronik ( chronic dehydration). Dalam keadaan sedemikian badan kita diletakan dalam mode pengurusan kekuntangan ( drought management modea)

Histamine, adalah neurotransmitter penting yang meregulasi mekanisma kehausan untuk merangsang pengambilan air yang lebih banyak dalam badan kita. Ia juga mewujudkan sistem pembahagian ( rationing) air dari sedikit yang ada dalam badan dalam situasi kekuntangan ( drought) badan untuk dibahagi2kan secara samarata kesemua bahagian penting dalam badan.
Jadi peningkatan kadar histamine dalam badan ialah cara bijak badan kitan menangani dihidrasi untuk survival.

Apabila bekalan air dalaman cukup dan stabil, histamine tidak lagi dikeluarkan dan hilanglah alergi atau alahan yang dialami.

6 Langkah Me-Rihidrasi Badan

Ramai menyangka yang ianya meminum air dalam jumlah yang cukup. Jika anda ukur betul2 dengan menggunakan 4-5 botol 500ml air mineral untuk diminum kesemuanya , ternyata kita sebenarnya minum kurang dari itu. Tetapi jika 4 botol air ini dibawa bersam kita seharian baru kita tahu kuantiti sebenarnya yang kita minum.

Untuk mempastikan kita minum iar secukupnya ikut lengkah berikut:

1. Minum air dan bukan minuman lain.

Meminum air bergula dan ber-gas ( karbonat) selain dari air tulin menyebabkan kita mengalami dihidrasi. Caffeine dan alkohol menyebabkan dihidrasi dalam badan.

2. Minum air secukupnya

Tenetukan keperluan air anda mengikut formula berat badan dalam lb/2 dengan hasil jumlah dikira dalam oz ( ounce). Sekiranya anda bergiat dalam senaman atayu sukan, minum air lebih dari jumlah yang dikira mengikut formula ini. Lebih lama anda bersukan dan lebih banyak anda berpeluh/ keringat, lebih banyak air diminum.

3. Ukur dan rekod air yang diminum
Tebal
Jangan ingat anda rasa anda dah minum cukup bermaana itu betul2 mencukupi. Jadi guna bekas air yang boleh disukat untuk minuman sepanjang hari.

4. Minum air yang ditapis

Jangan percaya air paip bersih dan baik diminum. Guna penapis air yang berkualiti. Harga dilingkunga Rm100.00 sudah ok.

5. Minum air sepanjang hari

Minum air tak boleh macam orang malas dengan melanggah (gulping) sebanyak mungkin dari 4-5 botol 500ml sekali minum supaya jumlah itu cepat habis dan tak perlu berulang2 sepanjang hari. Itu salah dan memberi akibat buruk kepada anda.
Sistem kita boleh menyerap air hanya sekadar 3 kali minum sesuatu waktu. Selepas itu diikuti 20-30 minit berikutnya.
Air tidak berais sangat bagus diminum.
Minum diantara makan ( meals) berfaedah untuk kesihatan. Minum sebelum makan menyebabkan anda tidak makan berlebihan dan amat baik untul menurunkan berat badan.
Jangan minum semasa makan atau terus selepas makan kerana ia akan mencairkan ( dilute) jus penghadaman anda.

6. Campurkan sedikit garam asli - garam bukit atau garam yang tidak diproses

Banyak kencing kerana banyak minum air menyebabkan kekurangan garam dodium dalam badan. Garam sendiri adalah anti histamine asli. Campur hanya 1/4 sudu teh garam dalam air kinuman anda.

Ayuh, jangan tunggu dahaga baru nak minum.
Ingat, kadang2 rasa lapar sebenarnya salahtafsiran anda bagi kehausan.

No comments:

Post a Comment